BINA unjur Wacana Intelek, bincang hal ekonomi, Bumiputera  - Utusan Malaysia

BINA unjur Wacana Intelek, bincang hal ekonomi, Bumiputera 

Wacana Intelek
WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah program Wacana Intelek akan diadakan bagi membincangkan hal ehwal pembangunan ekonomi serta kebajikan Bumiputera. 

Pengerusi Pengerusi Inisiatif Bina Bangsa (BINA), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, antara lain program tersebut diadakan adalah bertujuan memberikan cadangan serta pandangan konstruktif dalam memastikan masa depan komuniti Bumiputera terpelihara.

“Tumpuan utama Wacana Intelek di peringkat permulaan adalah perkara berkaitan ekonomi, pendidikan, sosial dan penerapan semangat nasionalisme di Malaysia. Selain itu, ia turut  memberi ruang kepada para pejuang masyarakat menyumbang idea untuk membina negara bangsa dan memperbaiki struktur, sistem dan dasar negara.

“Dalam setiap siri Wacana Intelek, beberapa orang tokoh dan pakar akan dijemput untuk membentang pandangan mereka, dan para peserta juga akan dijemput untuk berdialog dengan tokoh-tokoh jemputan. Penyertaan adalah terbuka kepada semua,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wacana Intelek ini membabitkan lima pertubuhan iaitu BINA, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Persatuan Masa Depan Usahawan Melayu (MAFEA).

Mengulas lanjut, Wan Saiful turut memaklumkan Wacana Intelek yang pertama akan diadakan pada 28 Januari ini yang bertempat di Dewan Anjung Melayu, Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur.

Dengan tema Pembangunan Ekonomi Bumiputera Di Bawah Kerajaan Madani, ia membariskan beberapa panel jemputan iaitu Wan Saiful, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Dr Abdul Rahim Tamby Chik,  Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon dan Presiden PERKASA, Syed Hasan Syed Ali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya