Bila masa saya tak berminat sambung kontrak? - Tyzo - Utusan Malaysia

Bila masa saya tak berminat sambung kontrak? – Tyzo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas penyampai Surua FM, Tyza menolak dakwaan tidak berminat menyambung kontraknya seperti yang didedahkan Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media.

Jelasnya, pihak pengurusan selalunya akan bertanya berhubung pembaharuan kontrak pada saat akhir namun dia terkejut apabila kontraknya tiba-tiba tidak disambung.

“Mereka buat kesimpulan saya tak berminat hanya sebab saya tak maklumkan kepadapihak pengurusan. Sebelum ini seminggu sebelum kontrak tamat barulah mereka akan tanya dan sambung kontrak.

“Tapi, pelik. Lain pula cerita kali ini? Sebelum ini, kontrak Sharifah Shahirah diperbaharui enam bulan sekali, tapi kenapa bila giliran saya terus buat kesimpulan saya tak berminat?

“Memang saya ada minta naikkan gaji RM500 sebelum ini (Ogos 2023). Tetapi pihak pengurusan tak bersetuju. Namun, saya tetap tandatangani kontrak pada September lalu,” ujarnya.

Terdahulu, pengurusan stesen radio Suria FM, menjelaskan Tyzo telah membuat permintaan supaya kontraknya cuma disambung selama enam bulan dalam satu perbincangan yang dibuat pada Ogos 2023.

Menurut Mohd Aminuddin, Tyzo telah membuat permintaan tersebut meskipun pada awalnya pengurusan telah membuka tawaran agar kontraknya disambung selama setahun.

Sementara itu, penyampai radio turut menafikan dakwaan kononnya dia mula besar kepala dan berlagak diva selepas memegang trofi penyampai radio paling popular.

“Jika besar kepala atau diva, saya takkan tandatangani kontrak walaupun syarikat nak naikkan gaji.

“Momen yang sedih untuk saya kerana saya masih nak bekerja. Sangat menyedihkan kerana menyentuh periuk nasi saya.

“Saya dah dengar khabar angin ini sudah lama terutama selepas kemenangan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya