Bersyukur dapat menduduki SPM selepas terlibat kemalangan - Utusan Malaysia

Bersyukur dapat menduduki SPM selepas terlibat kemalangan

PONTIAN: MD. Israk Abdullah ( kiri ) menyatakan sesuatu kepada Muhammad Imanudidn Makrudin yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dirumahnya di Kampung Seri Bunian, Pontian. KOSMO/UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ), Muhammad Imanuddin Makrudin yang terlibat dalam kemalangan jalan raya bersyukur dapat menduduki peperiksaan tersebut tahun ini.

Muhammad Imanuddin, 17 tahun berkata, dia terlibat dalam kemalangan pada bulan Disember tahun lalu ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) Tan Sri Osman Mohd. Sa’at.

Katanya, kemalangan tersebut menyebabkannya mengalami kecederaan dipergelangan tangan kanan, patah kaki kiri dan pendarahan pada mata menyebabkan mata kiri menjadi kabur.

“ Alhamdulilah, setelah hampir tiga minggu berada di Hospital Sultanah Aminah ( HSA ) Johor Bahru, saya telah dibenarkan pulang dan dapat menduduki peperiksaan SPM bertutur pada minggu lalu.

“ Risau juga semasa dihospital, takut-takut terlepas menduduki peperiksaan SPM dan kini hanya dapat mengulang kaji pelajaran dari rumah bagi menghadapi ujian bertulis pula,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Seri Bunian, disini.

Sebelum itu Muhammad Imanuddin menerima kunjungan dari Biro Kebajikan UMNO Bahagian Tanjung Piai yang diketuai oleh Ketua UMN0 Bahagian Tanjung Piai. Md. Israk Abdullah.

Tambahnya, balutan di bahagian hujung tangan jari kanan telah di buka bagi membolehkannya menulis dan menjawab soalan peperiksaan SPM bermula pada 30 Januari ini.

“ Bagi memenuhi harapan keluarga, saya cuba mendapat keputusan yang baik nanti untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ),” ujarnya yang merupakan anak keempat daripada lima adik beradik.

Sementara itu ibu Muhamad Imanuddin, Zahira Banu Sulaiman, 47, berkata, dia bersyukur anaknya dapat pulih supaya dia tidak terlepas peluang bagi menduduki peperiksaan SPM nanti.

Katanya, dia sendiri telah menghantar anaknya bagi menduduki ujian bertutur ke SMK Tan Sri Osman Mohd Sa’at pada minggu lalu yang merupakan salah satu subjek penting dalam peperiksaan tersebut.

“ Saya juga berharap kemalangan tersebut tidak akan melemahkan semangat anaknya untuk mendapat keputusan yang baik nanti walaupun kini terpaksa mengulang kaji dari rumah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya