Berkemban boleh, tapi ada syaratnya – Zarina Zainoordin - Utusan Malaysia

Berkemban boleh, tapi ada syaratnya – Zarina Zainoordin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA usia 40 tahun, ramai yang masih mengagumi kecantikan milik penyanyi dan pelakon, Zarina Zainoordin. Biarpun ada mulut-mulut nakal bertanyakan tentang perihal jodoh, namun rahsia awet muda menjadi tanda tanya. 

Tidak cukup itu, penampilan berkembannya dalam drama bersiri baharu, Gemersik Berbisik di saluran Unifi TV juga mengundang persoalan; adakah dia tidak gentar dengan kecaman lantaran penampilan seksi? 

Atau dia sendiri tidak kisah untuk menerima watak yang berkehendakkan dia untuk tampil berkemban atau seksi? Bukankah itu membuka ruang kecaman terutama di kala usianya bukan muda? Jawablah mendapatkan Zarina Zainoordin!

Mungkin ada yang bertanya, mengapa lama tak nampak Zarina di layar kaca? Memilih atau merajuk? Mana satu penyebabnya? 

Merajuk? Tak kuasalah nak merajuk bagai. Takkan saya hendak berkecil hati dengan lubuk rezeki saya sendiri. Cuma sekarang ini bukan zaman saya lagi. Kalau ada orang panggil berlakon, saya terima. Lagipun saya juga sedia maklum, soal rezeki ini Tuhan tetapkan. Pendatang baharu pula bersilih ganti. Diterima dan masih dapat tawaran juga sudah saya syukuri. Tak apa, ada sahaja saya di layar kaca.

Bagaimana pula dengan nyanyian? Lama sangat tak ada lagu baharu, ada yang tak tahu pun Zarina seorang penyanyi. 

Saya tak boleh menyanyi sekarang. Sudah 10 tahun tak menyanyi jadi kalau mahu kembali aktif, kena praktis. Mungkin kena masuk kelas vokal. Saya memang sudah lama tak menyanyi. Dalam tandas bersendirian pun saya tak menyanyi. Sebab itu, mungkin suara pun sudah ke laut. Mungkin saya terlalu fokus dunia lakonan sampai lupa saya seorang penyanyi juga. Hendak mula menyanyi balik itu, memang ketar lutut.

Kembali menjadi bualan netizen apabila ada babak Zarina berkemban dalam drama Gemersik Berbisik baru-baru ini. Adakah Zarina tidak kisah berpakaian seksi? Walaupun mengundang kecaman? 

Ya, saya maklum dengan babak tersebut. Sebenarnya saya juga tahu, ada batas-batas yang saya perlu jaga. Berkemban itu tidak ada masalah, cuma berjaga-jaga juga. Tak bolehlah melampau sangat. Kalau nampak terlalu seksi, saya suruh pengarah atau kru produksi tegur. Dulu saya tak kisah sangat tetapi sekarang, kena jaga. Ada syarat-syaratnya. Kalau berkemban sampai nampak terlalu seksi, tak mahulah.

Maksudnya ada kerisauan juga dalam diri Zarina terhadap kecaman warganet? Yelah, warganet sekarang ‘ganas’. 

Macam saya cakap, sekarang bukan zaman saya. Kita jangan buat perangai, percaya kepada rezeki. Di kala ini, bukan glamor yang dikejar-kejar. Saya mahu cari duit, demi kelangsungan hidup. Saya pun jarang ke majlis-majlis hiburan. Hendak terima tawaran pun perlu tengok kesesuaian watak. Antaranya adalah untuk elakkan kontroversi.

Watak `mak-mak’ tak mengapa? 

Sekarang watak itu sudah terhad, nak demand sangat tak boleh. Watak sampingan, mak-mak semua saya terima. Rezeki kan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya