Berhempas pulas laksana reformasi demi belia, sukan negara

Berhempas pulas laksana reformasi demi pembangunan belia, sukan negara

HANNAH Yeoh (tengah) pada Majlis Menandatangani Akuan Sokongan Kod Sukan Selamat Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya. – UTUSAN/FAIZ ALIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjaya melakukan beberapa reformasi penting sepanjang setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Merakyatkan sukan serta fasiliti KBS, memperkukuhkan ekosistem sukan dan memperkasakan belia Madani antara reformasi yang berjaya dilakukan sepanjang 365 hari itu.

Antara pencapaian merakyatkan sukan serta fasiliti KBS ialah memperluaskan Jualan Sukan Rahmah bagi memastikan orang ramai mempunyai akses kepada peralatan sukan pada harga murah dan berpatutan.

Ia seiring dengan usaha meningkatkan kadar masyarakat bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Selain itu, KBS juga menyediakan geran padanan untuk persatuan sukan untuk menganjurkan kejohanan bagi meningkatkan prestasi atlet negara.

Kod sukan selamat juga dibangunkan untuk menjamin hak dan kebajikan komuniti untuk menikmati persekitaran sukan yang selamat.

KBS turut memberi nafas baharu kepada Rakan Muda untuk melahirkan potensi tertinggi generasi muda supaya berupaya mendukung matlamat pembangunan negara.

Malah, kementerian turut melancarkan Program Sekolah Rukun Negara bagi menyemarakkan kefahaman dan pengetahuan demokrasi terhadap golongan berkenaan.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kementeriannya sentiasa komited melaksanakan pembaharuan demi kepentingan belia dan industri sukan di negara ini.

“Bekerja setiap hari seolah-olah ia adalah hari terakhir saya di Putrajaya. 365 hari berhempas pulas, bekerja melakukan reformasi yang akan mengubah ekosistem untuk kepentingan pemegang taruh,” katanya.

Bagaimanapun, Hannah menyifatkan, reformasi itu tidak dapat dicapai tanpa pasukan yang padu serta mantap di kementeriannya.

Justeru, beliau menghargai kakitangannya yang cukup bersemangat untuk menjayakan perubahan positif dalam bidang belia dan sukan.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Adam Adli Abd. Halim (Timbalan Menteri), Ketua Setiausaha saya Dr. K.Nagulendran dan semua pegawai-pegawai di pejabat saya kerana memikul tanggungjawab ini dan berusaha bersama dengan visi (yang dijalankan),” ujarnya.

Pada masa sama, Hannah berharap, rakyat Malaysia tidak cepat berputus dengan Kerajaan Perpaduan untuk terus melakukan lebih banyak agenda reformasi lagi.

“Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung parti saya, Anthony Loke Siew Fook kerana percaya saya untuk memimpin dan berkhidmat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya