Berang tutup pintu kuat, isteri cedera dipukul suami

Berang tutup pintu kuat, isteri cedera dipukul suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara berselisih faham,  seorang wanita cedera akibat dipukul suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Maju Jaya di Ampang dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, suspek berusia 45 tahun dikatakan tidak berpuas hati apabila isterinya menutup pintu dengan kuat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, berlaku pertengkaran antara pasangan tersebut sehingga suspek bertindak memukul isterinya dengan menggunakan tangan.

“Akibat daripada kejadian itu, wanita berusia 40 tahun tersebut mengalami sakit dan lebam di bahagian tangan, kaki serta badan.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Ampang mendapati mangsa mengalami kecederaan ‘soft tissue injury’ pada tangan, jari tengah dan kaki kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Azam berkata, susulan itu, lelaki tersebut ditahan di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada 5.25 petang semalam untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati ini merupakan kali pertama lelaki tersebut bertindak sedemikian terhadap isterinya.

Jelasnya, hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif dadah dan semakan lanjut tiada rekod lampau. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya