Bengkel kenderaan di Jalan Kuari musnah terbakar

Bengkel kenderaan di Jalan Kuari musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah bengkel kenderaan di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru dekat sini musnah terbakar awal pagi ini. 

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.50 pagi dan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata,  beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras dengan bantuan BBP Bandar Tun Razak dan BBP Hang Tuah ke lokasi kejadian dengan kekuatan 25 anggota dan pegawai.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah bengkel kereta yang musnah sepenuhnya.

“Tindakan operasi dengan melakukan tindakan pemadaman bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal pada pukul 2.18 pagi dan dipadam sepenuhnya kira-kira sejam kemudian. 

“Setelah pemeriksaan dilakukan oleh anggota pemadam didapati tiada mangsa yang terlibat. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya