‘Beku’ ketika penggambaran, Rani Mukerji terpaksa diusung - Utusan Malaysia

‘Beku’ ketika penggambaran, Rani Mukerji terpaksa diusung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DELHI: Gara-gara berlakon dalam keadaan suhu terlampau sejuk, pelakon Bollywood, Rani Mukerji terpaksa diusung ke dalam kereta lantaran sudah tidak boleh bergerak kerana ‘beku’ kesejukan.

Rani berkata, dia ketika itu sedang menjalani penggambaran untuk babak menari dan menyanyi namun tidak boleh melakukan proses rakaman kerana kaku dan tidak boleh berjalan selepas kesejukan.

“Insiden melucukan itu berlaku ketika saya menjalani penggambaran bagi lagu Tumhi Dekho Naa untuk dimuatkan dalam filem Kabhi Alvida Naa Kehna lakonan bersama Shah Rukh Khan pada 2005.

“Dalam muzik video itu, saya sebenarnya sedang ‘beku’. Tak boleh buat apa-apa. Berjalan pun tidak boleh kerana badan sedang kaku.kaku.

“Hal itu memaksa sepupu saya yang juga penolong pengarah, Ayah Mukerji untuk mengusung saya ke kereta,” kongsinya menerusi satu temubual baru-baru ini.

Tambah Rani, ketika itu dia sekadar memakai sari merah yang nipis sehingga menyebabkan dia tidak tahan dengan suhu yang dilaporkan berada di takat -14 darjah celcius.

“Kalau anda amati betul-betul babak tersebut, anda akan perasan bibir saya tidak bergerak ketika melakukan lip-sync kerana kesejukan melampau,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya