Bekas pemain bola kebangsaan sertai Interbatch Anderson 2024 - Utusan Malaysia

Bekas pemain bola kebangsaan sertai Interbatch Anderson 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bekas kapten Perak, Shahrul Nizam Mustapha antara legenda yang akan beraksi dalam Kejohanan Bolasepak Interbatch SMK Anderson 2024 di padang sekolah itu hari ini dan esok.

Pemain tengah kebangsaan yang mesra dengan panggilan Arul itu akan tampil bersama pemain pasukan kumpulan 1998.
.
Turut memperkuatkan pasukan itu ialah bekas pemain negeri, K. Rajini.

Batch 2004 dijangka mendapat perhatian kerana menampilkan ramai bintang antaranya Shahrizal Mohd Saad yang mewakili Perak, Johor FC, Felda United dan Perlis yang akan mengetuai cabaran pasukan itu.

Kumpulan itu turut memiliki khidmat bekas penjaga gawang, Kamarul Effandi Abdul Rahim (Perak, Sime Darby, Kuala Lumpur), Isma Alif Mohd Salim (Perak, T-Team FC, Sabah, PDRM FA, Kuala Lumpur, Melaka United) dan Mohd. Fadzley Abdul Rahim (Sarawak, Sabah, Petaling Jaya Rangers, FELCRA FC, N Sembilan).

Lebih 20 kumpulan menyertai kejohanan anjuran The Andersonians’ Club (TAC) itu.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Pk HEM) Sekolah itu, Mohd. Azlan Azumu berkata, kejohanan yang meliputi bekas-bekas pelajar dari tahun 1990an hingga 2015.

“Kejohanan ini adalah medan bertemu rakan-rakan lama, oleh yang demikian ia mendapat sambutan hangat.” katanya.

Mohd. Azlan berkata, turut diadakan ialah jualan serta promosi pemeriksaan mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya