Bas bawa sukarelawan banjir terbabas - Utusan Malaysia

Bas bawa sukarelawan banjir terbabas

Bas sukarelawan banjir terbabas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seramai 64 sukarelawan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit, Terengganu berdepan detik cemas setelah bas yang dinaiki mereka terbabas ketika dalam perjalanan ke Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, tengah hari tadi.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku di Kampung Jongok Batu, dekat sini, kira-kira pukul 12.30 hari, tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, sukarelawan itu sedang dalam perjalanan untuk membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Hulu Dungun.

“Difahamkan pemandu bas tersebut menggunakan jalan alternatif yang sempit yang biasanya hanya digunakan orang kampung menuju ke ladang selepas menggunakan aplikasi navigasi.

“Bas itu tiba-tiba hilang kawalan berikutan laluan tersebut licin ekoran lumpur akibat banjir menyebabkan bas itu terbabas ke bahu jalan dan nyaris terbalik,” katanya.

Ghazali berkata, kesemua pemandu dan penumpang bas itu selamat dan penumpang bas terpaksa keluar melalui pintu kecemasan dan pintu pemandu.

Menurut Ghazali, sukarelawan IPG itu telah
berada di kawasan Hulu Dungun sejak semalam bagi membantu kerja-kerja pasca banjir.

habis

KEADAAN bas membawa sukarelawan daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato’ Razali Ismail yang terbabas
di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya