Bapa disyaki rogol, pukul anak disambung reman

Bapa disyaki rogol, pukul anak disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Polis melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap seorang lelaki berusia 47 tahun yang disyaki merogol anaknya di Kendong, di sini untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, siasatan masih dijalankan termasuk membawa mangsa iaitu remaja perempuan berusia 17 tahun ke lokasi kejadian rogol semalam.

“Reman akan tamat pada hari ini tapi kita akan mohon untuk lanjutkan supaya dapat jalankan siasatan lanjut. Apabila sudah selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di Pekan Kota, di sini, hari ini.

Hazri berkata, remaja perempuan itu masih mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah dan kini di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mangsa masih dalam keadaan trauma. Sebelum ini, mangsa tinggal bersama neneknya sejak berusia empat tahun dan berpindah ke rumah bapanya pada Jun 2022. 

Pada 24 Januari lalu, media melaporkan seorang remaja perempuan dipukul teruk oleh bapanya menggunakan pelbagai objek sehingga mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tampin.

Mangsa dipercayai dipukul dengan teruk disebabkan bapanya tidak berpuas hati dengan tindakannya membocorkan rahsia hitam itu kepada teman wanita bapanya yang turut tinggal di rumah tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya