KOTA BHARU: Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh, Rantau Panjang ditutup sepenuhnya semalam. Penutupan PPS itu menyaksikan 27 mangsa dari Kampung Bendang Perol dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas 19 hari berlindung akibat banjir. Sekretariat Pengurusan Bencana negeri dalam satu kenyataan berkata, PPS itu ditutup sepenuhnya pada pukul 4 petang tadi. “Alhamdulillah, semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air mulai surut sepenuhnya,” katanya. Menurut kenyataan itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang semakin menurun dan berada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya