RANTAU PANJANG: Cuaca panas dan cerah di daerah ini semalam melegakan kira-kira 60 buah keluarga di Kampung Tersang apabila banjir gelombang keempat yang melanda sejak beberapa hari lalu tidak seburuk sebelum ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, Sanah Ya, 58, berkata, pekarangan rumahnya digenangi banjir sedalam 0.4 meter sejak tiga hari lalu. Katanya, meskipun paras air dilihat meningkat, tetapi ia naik secara perlahan dan situasi itu tidak membimbangkan penduduk setempat. “Kami sudah penat berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana sebelum ini sudah berlindung di situ sebanyak tiga kali.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya