Bangunan Panggung Istana Budaya ditutup bermula 15 Januari

Bangunan Panggung Istana Budaya ditutup bermula 15 Januari

ISTANA BUDAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bangunan Panggung Istana Budaya akan ditutup bagi kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan selama dua tahun bermula 15 Januari ini.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhtar berkata, bangunan tersebut tidak akan beroperasi untuk sebarang bentuk acara atau pementasan dan dijangka beroperasi semula pada tahun 2026 sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026).

“Penutupan ini telah disahkan oleh pengendali sepenuhnya iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Ia bertujuan untuk memberi ruang kepada kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan khususnya bumbung Istana Budaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Zubaidah berkata, sepanjang tempoh penutupan, pihaknya akan menganjurkan persembahan menerusi Kempen Gerak ke seluruh Malaysia dengan produk-produk utama Istana Budaya.

Katanya, ia menerusi persembahan seperti Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan Artistana.

“Istana Budaya sentiasa terbuka bagi memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan sebagai rakan strategik (smart partnership) serta penggiat seni tanah air untuk bekerjasama dalam menganjurkan persembahan di dalam dan luar negara,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh berhubung melalui e-mel [email protected] atau hubungi Unit Perhubungan Awam, Istana Budaya di talian 03-4026 5555. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya