Asyik-asyik buat pengumuman hingga dasar kerajaan bercelaru - Radzi Jidin 

Asyik-asyik buat pengumuman hingga dasar kerajaan bercelaru – Radzi Jidin 

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembangkang mendakwa kerajaan sering membuat pelbagai pengumuman tanpa mempunyai satu kerangka pelaksanaan yang besar dan jelas.  

Ahli Parlimen Putrajaya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Malaysia, Datuk Dr. Radzi Jidin mendakwa, ketidakjelasan itu menyebabkan proses penggubalan dasar-dasar kerajaan celaru dan serabut. 

Beliau mengambil contoh isu melibatkan pengambilan pegawai baharu kerajaan secara kontrak yang berkuat kuasa esok, namun pelaksanaannya dilihat masih kabur.

Sehubungan itu, Naib Presiden Bersatu itu mencadangkan supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan pengambilan pegawai baharu kerajaan secara kontrak sehingga kerangka besar pengambilan pegawai baharu kerajaan bagi semua skim perkhidmatan dimuktamadkan. 

“Sedarkah kerajaan, esok adalah 1 Februari 2024 tarikh bermulanya lantikan pegawai baharu kerajaan dibuat secara kontrak. Tetapi, di mana kerangka besar berkaitan pelantikan pegawai baharu kerajaan? Terlalu banyak persoalan berkaitan dengan perkara ini, namun tidak diendah.

“Kerajaan harus mempunyai satu kerangka komprehensif dan pendekatan pelaksanaan jelas. Ini juga dapat memberi lebih keadilan kepada rakyat Malaysia membuat pilihan sama ada berkhidmat sebagai penjawat awam atau sebaliknya, mengambil kira faedah semasa dan selepas perkhidmatan.

“Tindakan terburu-buru kerajaan melaksanakan pengambilan pegawai baharu secara kontrak tanpa perancangan teliti dan menyeluruh adalah tindakan amat tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Bekas Menteri Pendidikan itu turut merujuk laporan media pada 23 Januari lalu yang menyebut tentang pengambilan pegawai baharu kerajaan secara kontrak berkuat kuasa 1 Februari 2024.

Katanya, pekeliling tersebut menyatakan keputusan kerajaan adalah langkah interim sebelum satu kaedah baharu lantikan tetap pegawai awam diperkenal, yang mana keputusan tersebut dibuat di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023.

Jelasnya, kerajaan mengeluarkan satu siaran media bertarikh 24 Januari 2024, menyatakan pegawai baharu yang dilantik secara kontrak mulai 1 Februari 2024 akan dilantik secara tetap apabila kaedah baharu pelantikan dimuktamad kelak. 

“Pada hari sama, Timbalan Perdana Menteri I menyatakan Jemaah Menteri bersetuju supaya perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini tidak berpencen dan tarikh pelaksanaan akan diumum oleh KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam).

“Menyentuh tentang pencen penjawat awam, rakyat mula mempersoal dan membincangkan isu pencen bagi wakil rakyat dan lantikan politik. Oleh itu, pada 26 Januari 2024 Perdana Menteri menyatakan pencen wakil rakyat dan lantikan politik baharu juga akan ditiadakan.

“Pada hari sama, Menteri Komunikasi mengulas perkara tersebut dan meminta supaya semua pihak tidak terburu-buru mengeluarkan kenyataan berhubung cadangan pemansuhan skim pencen bagi penjawat awam baharu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya