KUALA LUMPUR: Polis menyita pelbagai jenis hartanah, kenderaan mewah, barangan kemas dan wang tunai milik sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah dengan nilai mencecah RM9.72 juta. Kesemua aset terbabit disita dan dibekukan polis susulan penahanan 11 ahli sindiket Geng Upik termasuk dalang utama yang bergelar Datuk. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan itu diambil menerusi Op Morava yang dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman. Katanya, sebanyak 42 akaun dibekukan bagi tempoh 27 Disember sehingga 19 Januari lalu termasuk lapan akaun baharu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya