Arnold Schwarzenegger ditahan di Jerman, gagal isytihar jam tangan mewah ribuan ringgit - Utusan Malaysia

Arnold Schwarzenegger ditahan di Jerman, gagal isytihar jam tangan mewah ribuan ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Gara-gara jam tangan mewah ribuan ringgit, Pelakon, Arnold Schwarzenegger ditahan pihak berkuasa Jerman sebaik tiba di lapangan terbang Munich, di sini baru-baru ini.

Lapor Abc News, gabenor California, Amerika Syarikat itu disoal siasat selama lebih dua jam oleh kastam negara itu disebabkan jam tangan yang bernilai AS$21,739 (RM2,201) berkenaan.

Schwarzenegger yang melanggar undang-undang negara tersebut kerana kegagalannya mengisytiharkan jam tangan berjenama Audemars Piguet itu bagaimanapun dilepaskan selepas disoal siasat.

Pelakon filem Terminator itu telah memberi kerjasama sewaktu penahanannya dan diarahkan membayar cukai ke atas barang tersebut.

Difahamkan kedatangan pelakon berusia 76 tahun itu ke Jerman adalah untuk menghadiri majlis lelongan amal bagi mengutip dana yang disalurkan kepada program kebajikan yang diusahakannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya