Langkah Dubai: Armada Sabah gesa siasat fitnah

Armada Sabah gesa siasat fitnah dilontarkan terhadap ahli Parlimen PN

ALIAS Wan Jailani (tengah) bersama pimpinan Armada Sabah semasa membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kepimpinan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah membuat laporan polis bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap pihak yang memfitnah Perikatan Nasional (PN) yang dikaitkan dengan Langkah Dubai.

Naib Ketua Armada Bersatu Sabah, Alias Wan Jailani berkata, Langkah Dubai yang dikaitkan dengan pimpinan pembangkang terutama PN adalah satu cerita palsu untuk memfitnah kepimpinan PN.

“Laporan polis ini bagi meminta siasatan dilakukan terhadap Setiausaha Kanan Perdana Menteri dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang telah mencipta cerita palsu untuk memfitnah kepimpinan pembangkang khususnya PN untuk menutupi kegagalan Kerajaan Madani di bawah Perdana Menteri Ke-10 (PMX) untuk mentadbir negara setelah lebih setahun memerintah.

“Pada 30 Disember tahun lalu, Timbalan Ketua Pengarah J-Kom telah mencipta cerita mengenai Langkah Dubai yang kononnya PMX akan ditumbangkan melalui Akuan Bersumpah oleh majoriti ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan keadaan negara pada masa kini,” katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Tanjung Aru baru-baru ini.

Alias Wan berkata, cerita yang direka itu dihebahkan secara meluas dan dipetik oleh beberapa blogger berpengaruh.

Menurutnya lagi, tindakan yang dibuat Setiausaha Kanan Perdana Menteri dan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM adalah satu konspirasi besar untuk merosakkan imej dan mengugut ahli Parlimen yang tidak menyokong Perdana Menteri.

Ini satu cubaan menakut-nakutkan ahli Parlimen pembangkang yang kononnya akan disiasat melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Ugutan sebegitu bercanggah dengan amalan demokrasi di negara ini. Sekiranya Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat maka, beliau hendaklah meletak jawatan mahupun meminta agar Parlimen dibubarkan,” katanya.

Katanya, laporan polis di seluruh negara yang direncanakan oleh Pejabat Perdana Menteri itu adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang untuk mengugut ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong Perdana Menteri. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya