Arifah tonton tv sambil belai ular - Utusan Malaysia

Arifah tonton tv sambil belai ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGALA-GALANYA bermula selepas menyaksikan keberanian sekumpulan lelaki beraksi bersama ular di sebuah dataran terbuka di Ipoh sekitar tahun 2009. 

Selepas menonton video YouTube yang memaparkan pelbagai aksi dan ragam pemilik ular bersama hiawan peliharaan masing-masing, minat Noor Arifah Mohamad Yusop, 33, terhadap reptilia itu bagaikan terus menjalar dalam dirinya. 

“Saya dimaklumkan kalau kita mahu membela ular, kita kena tahu teknik yang betul dan sentiasa berhati-hati. 

“Pesanan itu menjadikan saya tiba-tiba jatuh minat dan mahu mengetahui lebih lanjut mengenai cara mengendalikan ular,” katanya kepada Seri ketika ditemui baru-baru ini. 

Wanita anak satu ini berkata, ada ular yang dibeli sampai beranak-pinak. Namun, tidak semua telur yang menetas berjaya menjadi anak ular. 

Sehingga kini, wanita lagak srikandi ini memiliki lapan ular termasuk daripada spesis sawa batik dan rusuk kerbau. 

Beliau yang berkidmat sebagai penguat kuasa di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berkata, suaminya tidak menghalang minatnya itu malah turut sukakan ular. 

“Suami kerja di Kuala Lumpur. Kadang-kadang dia berulang-alik ke Kuantan. Jadi kami jarang berjumpa. 

“Ular ini memang disimpan dalam bekas serta diletakkan dalam sebuah bilik bagi memastikan ia tidak menjalar bebas. 

“Cuma ketika waktu menonton televisyen, saya dengan anak akan ambil seekor dua untuk dibelai dan dimanja,” katanya penuh keterujaan. 

SIKAP BERANI

Lagak berani dan sikap tegasnya pernah mencuri tumpuan menerusi platform TikTok menyelamatkan ular yang terperangkap dalam longkang. 

Keberanian menjinakkan ular sudah tentu tidak mendatangkan masalah buat wanita ini menjadikan haiwan berdarah sejuk ini sebagai teman akrab. 

“Tak perlu dibelek-belek macam kucing. Kalau balik kampung atau pergi melancong, boleh sahaja ditinggalkan tanpa pengawasan. 

“Ular bukan jenis haiwan yang perlu diberi makan setiap hari,” katanya. 

EMOSI TAK STABIL 

Reptilia ini sensitif dengan suhu persekitaran. 

Pemilik perlu memastikan ia ditempatkan dalam suhu bilik. 

Kepanasan boleh membuatkannya gelisah. Kalau sejuk pula mengundang penyakit kerana kulit licinnya sangat sensitif. 

“Waktu bersalin kulit, emosi ular selalunya tidak stabil sampai mata ular boleh bertukar kelabu dan kulit badan menjadi kusam. 

“Masa itu, jangan pegang atau nak usap ular. Biarkan ia bersendirian sehingga proses bertukar kulit selesai. Bagi ruang dan masa buat dirinya bersalin kulit. 

“Paling penting bekas yang didiaminya perlu sentiasa lembap dan air mencukupi. Kelembapan membantu dalam proses berkenaan,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya