PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Pongal kepada seluruh warga Tamil di Malaysia.
Menurut Perdana Menteri, perayaan yang diraikan selama empat hari itu adalah perayaan budaya masyarakat berkenaan bagi menzahirkan rasa syukur, selain bersiap untuk lembaran baharu.
“Saya amat berharap masyarakat Tamil di Malaysia dapat meraikannya dengan kegembiraan serta kebahagiaan dan semarakkan nilai-nilai yang baik, selain terus memperteguh kemajmukan sebagai akar dan kekuatan bangsa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. – UTUSAN