Anwar kekal tidak ambil gaji

Anwar kekal tidak ambil gaji

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal pendirian untuk tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selagi ekonomi negara tidak pulih sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata, pendirian sama turut kekal dalam kalangan Jemaah Menteri iaitu pemotongan gaji masing-masing sebanyak 20 peratus setiap bulan.

“Setakat ini saya nak umumkan, saya tidak ambil gaji dan potongan 20 perataus bagi yang lain (menteri), selagi ekonomi tidak pulih sepenuhnya.

“Hari ini baru ada perubahan (pemulihan ekonomi), tetapi belum pulih (sepenuhnya),” katanya dalam sidang akhbar selepas berakhir
program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 di sini hari ini.

Pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov 2022, Anwar menegaskan pendiriannya bahawa beliau tidak akan mengambil gaji bagi jawatan itu dan menyifatkan ia sebagai langkah pertama bagi menarik keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

Ditanya mengenai pelarasan tarif air di semua negeri di Semenanjung bermula 1 Februari ini, Anwar berkata, pelarasan tarif itu dibuat selepas mendapat permintaan daripada semua pihak berkaitan termasuk kerajaan negeri.

Katanya, pelarasan itu diusulkan dalam mesyuarat bersama semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

“Sudah dijelaskan oleh semua pihak bahawa semua negeri meminta kita menaikkan (tarif air).

“Dalam mesyuarat bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri, ada negeri tidak naikkan (tarif air) lebih 40 tahun, jadi mereka mengusulkannya dan Kerajaan Persekutuan setuju,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu akan berkuat kuasa bermula 1 Februari ini.

Pelarasan ini dijangka membabitkan kira-kira 6.9 juta pengguna kategori domestik atau mewakili 86.6 peratus daripada 7.9 juta pemegang akaun.

Kenaikan 22 sen itu adalah purata jumlah kenaikan bagi setiap 1,000 liter air yang digunakan.

Tarif baharu air itu dijangka membabitkan caj bil naik dalam julat antara RM1.60 hingga RM8 bagi setiap kediaman atau lima hingga 27 sen sehari bagi penggunaan isi rumah sebanyak 20 meter padu sebulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya