Anwar, 3 bekas Perdana Menteri hadir Majlis Jamuan Teh Diraja 

Anwar, 3 bekas Perdana Menteri hadir Majlis Jamuan Teh Diraja 

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Anwar Ibrahim semasa Majlis Jamuan Teh Diraja Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 di Istana Negara, hari ini. - FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri  Ismail Sabri Yaakob antara tetamu menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 di Istana Negara, semalam.

Majlis itu diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Selain itu, majlis berkenaan juga mengundang semua 222 ahli Parlimen dan anggota Dewan Negara.

Al-Sultan Abdullah akan menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini selepas bersemayam di atas takhta kerajaan Malaysia  lima tahun sejak 31 Januari 2019.

Menyingkap kembali lipatan sejarah negara, Al-Sultan Abdullah merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang diberi keafiatan untuk memerintah negara dengan empat Perdana Menteri bersama empat Jemaah Menteri berlainan.

Begitu juga setelah negara menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), buat pertama kalinya dalam sejarah demokrasi Malaysia, negara berhadapan dengan situasi Parlimen tergantung.

Tempoh pemerintahan Seri Paduka turut diselubungi penularan pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat jelata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya