Anggota polis cedera dilanggar motosikal di sekatan jalan raya - Utusan Malaysia

Anggota polis cedera dilanggar motosikal di sekatan jalan raya

MOTOSIKAL ditunggangi lelaki yang cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan di sekatan jalan raya di Jalan Limbong, Bandar Chukai, Kemaman, semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Seorang anggota polis lelaki berpangkat Sarjan cedera selepas dilanggar sebuah motosikal ketika bertugas di sekatan jalan raya di Jalan Limbong, Chukai, kira-kira pukul 6.20 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku apabila motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang pemuda berusia 26 tahun cuba untuk meloloskan diri daripada pemeriksaan di sekatan jalan raya tersebut yang dilakukan anggota itu bersama lima anggota lain.

“Anggota polis tersebut telah mengarahkan penunggang motosikal itu supaya berhenti, namun suspek bertindak memecut motosikalnya untuk meloloskan diri sebelum melanggar anggota tersebut yang cuba menahannya.

“Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan anggota polis lain yang turut bertugas ketika kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Hanyan berkata, rempuhan itu menyebabkan anggota polis tersebut cedera di bahagian tangan dan suspek turut mengalami luka kecil.

“Hasil pemeriksaan mendapati, motosikal yang ditunggang suspek tamat tarikh cukai jalan dan telah dilakukan pengubahsuaian yang tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

“Suspek telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya