Anderson, MBI, UPSI, Sukma Perak ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Anderson, MBI, UPSI, Sukma Perak ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Gergasi hoki Sekolah-Sekolah Perak, SMK Anderson Ipoh menepati jangkaan apabila layak ke separuh akhir saingan Liga Hoki Perak (LHP) 2024.

Anderson layak apabila muncul juara Kumpulan B selepas mengutip sembilan mata.

Pasukan itu menang semua perlawanan dengan mengatasi Perak Sikh Union (PSU) 8-1, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 3-1 dan Kerian Hockey Team (KHT) 1-0.

UPSI turut mara selaku naib juara kumpulan selepas mengutip enam mata hasil dua kemenangan iaitu 5-1 ke atas PSU dan 5-3 ke atas KHT.

Sukma Perak membuktikan kehebatannya dalam Kumpulan A apabila skuad muda Perak itu mengutip tujuh mata hasil kemenangan 3-0 ke atas Politeknik Ungku Omar (PUO) dan 4-3 Tentera Laut (Dolphin) serta seri 3-3 dengan Majlis Bandaraya Ipoh ( MBl)

MBI juga mara selaku naib juara kumpulan hasil kemenangan 4-1 ke atas PUO serta seri 4-4 (Tentera Laut Dolphin) dan 3-3 dengan Sukma Perak.

Pada separuh akhir 27 Januari ini di Stadium Azlan Shah di sini, Sukma Perak bertemu UPSI pukul 4 petang manakala Anderson berdepan MBI pukul 6 petang. Perlawanan akhir berlangsung Ahad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya