Anak-anak Fizz Fairuz, Almy Nadia stabil - Utusan Malaysia

Anak-anak Fizz Fairuz, Almy Nadia stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datuk Fizz Fairuz, 44, mengesahkan keadaan kesemua anaknya yang dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lepas akibat jangkitan virus, kini stabil.

Fizz, yang dihubungi sebentar tadi memaklumkan anak-anaknya, Afrina Arianna, Afrina Aurora, Afrina Ayra dan Afrina Darwisyah beransur pulih namun keadaan mereka masih perlu dipantau oleh pihak hospital.

“Alhamdulillah, keadaan mereka semakin baik. Doktor yang membuat pemeriksaan pagi tadi mengesahkan mereka okey, cuma masih perlu dirawat dengan ubat-ubatan.

“Saya lega, mereka pun sudah mampu untuk makan sendiri,” katanya.

Pelakon itu dan Isterinya, Almy Nadia menerusi Instagram beberapa hari lepas berkongsi keadaan ke empat-empat anak mereka, Afrina Arianna, Afrina Aurora, Afrina Ayra dan Afrina Darwisyah dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti virus rotavirus.

Almy dalam perkongsiannya tersebut memohon orang ramai agar mendoakan anak-anaknya yang mengalami muntah dan cirit birit akibat jangkitan virus berkenaan.

Difahamkan, Jangkitan tersebut berlaku sejak mereka kembali ke tanah air selepas berada di Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Kata Fizz, beliau tidak dapat memastikan di mana virus tersebut menjangkiti anak-anaknya.

“Tak dapat dipastikan sama ada kena sewaktu di Mekah, dalam penerbangan pulang atau pun ketika di Malaysia. Kalau nak dikatakan sebab makanan pun bukan,” kongsinya.

Dalam pada itu, Fizz juga meluahkan rasa terima kasih terhadap netizen yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan anak-anaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya