Amaran hujan berterusan di Johor, Pahang sehingga Ahad

Amaran hujan berterusan di Johor, Pahang sehingga Ahad

hujan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga Ahad ini di Johor dan Pahang.

Melalui hantaran di Facebook rasmi MetMalaysia, hujan lebat berterusan tahap buruk iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam selama empat hari. 

Hujan dijangka berlaku di beberapa daerah termasuk Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Dalam pada itu, amaran hujan berterusan tahap waspada iaitu hujan atau ribut petir dijangka berlaku melebihi enam jam juga dikeluarkan bagi daerah Batu Pahat, Pontian dan beberapa daerah di Pahang.

Hujan berterusan diramal berlaku di tiga daerah seperti Kuantan, Pekan dan Rompin.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi myCuaca dan juga laman media sosial rasmi selain menghubungi talian hotline MetMalaysia iaitu 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya