SELURUH rakyat Pahang tidak sabar menanti hari ini kerana ia detik ditunggu-tunggu kembalinya Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai jantung hati rakyat ke bumi negeri itu. Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Maran, Datuk Kurnia Bistari Mohamed Arifin Awang Ismail berkata, kepulangan baginda berdua bersemayam kembali sebagai payung kasih tempat bernaung dan berteduh membuatkan rakyat tidak sabar menantikannya. “Ini kerana rakyat rindukan sentuhan dan santunan kasih tuanku berdua yang diibaratkan sebagai jantung hati rakyat dan ingin menikmati kembali air tangan Tunku Azizah yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya