PUTRAJAYA: Spekulasi mengenai ada usaha pihak pembangkang mahu menumbangkan kerajaan menerusi Langkah Dubai disahkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Malah, Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu mengakui beliau menerima laporan ‘perisikan’ berhubung perkara tersebut yang ‘panas’ sejak minggu lalu. “Laporan dari segi ‘perisikan’ memang kami peroleh seawal penerbangan mereka sampai ke tempat itu, tetapi pada hemat kami, langkah itu membuang masa,” jelasnya berseloroh. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Taklimat dan Penyelarasan Situasi Terkini Banjir, di sini hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya