Abang Adik kutip RM13.5 juta di Taiwan - Utusan Malaysia

Abang Adik kutip RM13.5 juta di Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Filem yang mencetuskan fenomena, Abang Adik mencipta rekod tersendiri selepas menjadi filem tempatan pertama mencatat jumlah kutipan tertinggi di Taiwan iaitu sekitar 90 juta taiwan dolar (RM13.5 juta).

Pada masa yang sama, filem berkenaan juga mencatat rekod pecah panggung di pawagam tempatan dengan jumlah kutipan setakat ini sebanyak RM5.2 juta.

Pengarah, Jin Ong menyifatkan pencapaian itu sebagai kejayaan manis yang berbaloi dengan usaha gigih keseluruhan tenaga kerja produksi filem tersebut.

“Saya lega dengan pencapaian ini, ia sangat menggembirakan. Kami letakkan usaha yang tinggi untuk filem ini. Jadi apa yang kami capai amat menggembirakan,” katanya pada sidang media dan majlis apresiasi filem berkenaan petang tadi.

Filem tersebut, yang mengangkat kehidupan dua anak yatim lakonan Jack Tan dan pelakon Taiwan, Wu Kang Ren berjaya mencuri perhatian peminat filem di negara ini selepas ia mula ditayangkan pada 14 Disember lepas.

Jin dalam pada itu memaklumkan pihaknya tidak merancang untuk menghasilkan filem Abang Adik kedua.

“Tidak akan ada filem kedua. Cerita filem ini unik dan tidak akan ada kesinambungan untuknya,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon utama, Kang Ren turut meluahkan rasa gembira dengan kejayaan yang dicapai filem berkenaan.

“Abang Adik ada nilai baik yang merentasi sempadan bahasa dan budaya.

“Saya berpandangan ia boleh mencapai lebih banyak kejayaan di masa akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN