70 pusat hiburan diserbu, 477 individu ditahan

70 pusat hiburan diserbu, 477 individu ditahan

Sebanyak 70 pusat hiburan di seluruh negara diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Noda Khas di seluruh negara. - GAMBAR IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 70 pusat hiburan di seluruh negara diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Noda Khas awal pagi tadi.

Operasi bermula 1 pagi hingga 6 pagi itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Bahagian D7 Kontinjen dan Bahagian D7 Daerah di seluruh negara.

Serbuan tersebut melibatkan seramai 358 pegawai dan 1,425 anggota Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak terbabit dalam semua serbuan yang dibuat.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Deputi Komisioner Fadil Marsus berkata, dalam serbuan itu, seramai 4,568 pengunjung diperiksa

Katanya, daripada jumlah itu, kita menahan seramai 104 rakyat tempatan dan 373 warga asing yang terlibat dalam pelbagai kesalahan berkaitan jenayah dan dadah.

“Serbuan dijalankan ke atas 15 pusat hiburan di Johor, (12) Selangor, (9) Kuala Lumpur, (8) Pahang, (7) Pulau Pinang, masing-masing tiga di Melaka, Sabah dan Sarawak, dua serbuan masing-masing di Kedah, Negeri Sembilan dan Perak serta satu di Perlis.

“Dari peringkat D7 Bukit Aman sebanyak empat serbuan dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dikesan ketika serbuan adalah premis beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah, menggajikan pelayan pelanggan (GRO) warga asing tanpa permit, positif dadah dan tiada dokumen pengenalan yang sah.

Jelasnya, seramai 270 wanita warga asing berasal dari Vietnam, Thailand, Bangladesh, China, Myanmar, Laos, Indonesia dan Filipina serta 103 lelaki warga asing.

“Kami turut merampas wang tunai RM20,912.00, 47 pembesar suara, 20 amplifier, 52 mikrofon, 102 botol minuman keras, 12 dek DJ, decoder mikrofon dan 154 resit.

“Ops Noda Khas yang dijalankan ini dilihat dapat memberi impak kepada masyarakat bahawa PDRM khususnya JSJ memandang serius mengenai elemen pusat hiburan yang menyalahi undang-undang yang ada di seluruh negeri,” katanya.

Tambahnya, JSJ turut mengalu-alukan sebarang maklumat dari orang awam mengenai sebarang kesalahan jenayah, aktiviti tidak bermoral dan penyalahgunaan dadah membabitkan mana-mana premis hiburan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya