53 kertas siasatan pelaburan accerx

53 kertas siasatan pelaburan accerx

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan membuka 53 kertas siasatan berhubung penipuan pelaburan accerx membabitkan kerugian lebih RM45 juta, sehingga 28 Januari lalu. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebuha pasukan khas sedang meneliti kes terbabit. 

Kata beliau, semua mangsa penipuan pelaburan itu diminta tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.  

“Pada masa sama, orang ramai diminta menghentikan semua transaksi kewangan meskipun ditagih oleh sindiket terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan seorang pesara berusia 74 tahun kerugian RM1.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan bitcoin.

 Setakat 26 Januari lalu, JSJK sedang menyiasat 37 kes berkaitan penipuan pelaburan accerx membabitkan kerugian RM20.9 juta. 

Orang ramai yang berminat membuat pelaburan menggunakan mata wang kripto diminta merujuk kepada pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk pandangan dan nasihat.

Setakat ini, hanya lima syarikat dibenarkan oleh pihak SC untuk melakukan urusan berkaitan mata wang kripto di Malaysia iaitu Luno Malaysia Sdn Bhd; HATA Digital Sdn Bhd; iMX Global Sdn Bhd; SINEGY DAX Sdn Bhd dan Tokenize Technology (M) Sdn. Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya