44,000 liter diesel lebih RM94,000 dirampas 

44,000 liter diesel lebih RM94,000 dirampas 

ARIFFIN Samsuddin pada sidang akhbar sindiket penyelewengan diesel bersubsidi di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tindakan satu sindiket menggunakan empat lori bonded berulang kali membeli diesel di stesen minyak di sekitar Ampang, Selangor membongkar penyelewengan minyak diesel bersubsidi.

Kegiatan itu terbongkar selepas satu operasi dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 10 Januari lalu di sebuah stor haram yang terletak di Chan Sow Lin, Sungai Besi dekat sini menempatkan minyak diesel yang diseleweng.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, hasil serbuan itu, sebanyak lima orang warganegara tempatan ditahan bag tujuan siasatan.

Kata beliau, mereka yang ditahan terdiri empat pemandu lori dan pekerja di stor tersebut berusia 30 tahun sehingga 57 tahun. 

“Maklumat risikan mendapati stor haram ini beroperasi lebih kurang sebulan lalu iaitu sekitar pertengahan bulan Disember tahun lalu.

“Hasil maklumat diperoleh mendapati pembelian minyak diesel ini dilakukan oleh lori-lori bonded ini di 20 buah stesen minyak di sekitar Ampang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, diesel yang dibeli akan dikumpulkan di stor simpanan di Chan Sow Lin dekat sini sebelum dipindahkan ke lori tangki yang kemudiannya akan dihantar ke luar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, hasil semakan awal mendapati premis berkenaan tidak memiliki sebarang lesen atau permit bagi berurusan dengan barang kawalan iaitu diesel.

“Sitaan semula dilakukan oleh pihak kami melibatkan empat buah lori bonded diikuti 40 tangki IBC selain skid tank berkapasiti 20,000 liter (dua) dan pam penyedut berserta hos dan 44,000 liter (lima unit).

“Kita juga merampas 44,000 liter diesel dianggarkan bernilai RM94,600 dengan nilai keseluruhan barang rampasan termasuk cecair diesel dianggarkan bernilai RM300,000,” jelasnya.

Tambah beliau, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana disyaki menjalankan urusniaga barang kawalan tanpa memiliki lesen sah. 

“Kita juga tidak menolak sebarang kemungkinan di mana aktiviti ini dijalankan secara bersindiket serta dikawal di kawasan tertentu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ariffin memberitahu, sepanjang tahun 2023, KPDN Kuala Lumpur membuka sebanyak 10 kertas siasatan melibatkan 15 tangkapan warga tempatan.

“Selain itu, rampasan 135,000 liter diesel bernilai RM290,250 di bawah tindakan Ops Tiris berasaskan sumber risikan sendiri dan juga kerjasama dengan pihak PDRM,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya