44 penghuni mangsa kebakaran tinggal sehelai sepinggang

44 penghuni mangsa kebakaran tinggal sehelai sepinggang

PASUKAN bomba memadamkan kebakaran yang melibatkan sembilan buah rumah musnah di Kampung Bintawa Hilir, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Seramai 44 penghuni  daripada  sembilan buah rumah tinggal sehelai pinggang dalam kejadian kebakaran di Kampung Bintawa Hilir, di sini awal pagi tadi,

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata panggilan kecemasan diterima sekitar jam 1.30 pagi tadi.

“Pasukan keselamatan bergegas ke lokasi kejadian dan dimaklumkan tujuh daripada rumah tersebut telah musnah sepenuhnya.

“Dua buah rumah lagi hanya terbakar 30 peratus,” jelasnya.

Bagaimanapun, tambahnya kesemua mangsa dalam insiden kebakaran tersebut berjaya menyelamatkan diri.

“Kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri dari situasi kebakaran tersebut tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Punca kebakaran serta jumlah kerugian daripada kejadian tersebut sehingga kini masih disiasat,” katanya lagi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya