4 wanita didenda simpan video lucah dalam telefon bimbit

4 wanita didenda simpan video lucah dalam telefon bimbit

ENAM wanita yang dikaitkan dengan iklan video lucah `Hot Daddy' dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan memiliki video lucah di dalam telefon bimbit. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat wanita yang dikaitkan dengan video `Hot Daddy’ dalam aplikasi X, masing-masing didenda antara RM2,500 dan RM4,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana memiliki video lucah dalam telefon bimbit masing-masing.

Bagaimanapun, dua lagi tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama. Empat mereka itu ialah Nurnabilah Ayuni Hanafi, 22; Amira Natasha Mohammad, 26; Farah Adila Hanum Khairuddin, 36 dan Nur A’liaa Muhammad Rosly, 22.

Nurnabilah Ayuni (penganggur) dan Amira Nastasha (pemandu pelancong) yang didakwa di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, masing-masing didenda RM3,000.

Farah Adila (eksekutif pemasaran) yang didakwa di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd. Halim didenda RM2,500 manakala Nur A’liaa (penuntut universiti) yang didakwa di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan didenda RM4,800.

Mahkamah memerintahkan semua tertuduh dipenjara di antara satu bulan dan enam bulan, jika gagal membayar denda. Mereka menjelaskan denda masing-masing. Mengikut pertuduhan, keempat-empat wanita itu didakwa memiliki video lucah bagi maksud menunjukkannya secara awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Unit Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) di Wangsa Maju di sini pukul 5 petang pada 30 Januari lalu. Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Semua tertuduh diwakili peguam, Aisyah Rahim dan peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nicholas Cheoh serta Ernie Ahmad. Sementara itu, dua lagi wanita iaitu Felecia Lisa Nandong, 21; dan Norfatihah Ramle, 30, yang turut didakwa atas pertuduhan sama, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin dan Majistret S. Arunjothy.

Kesalahan didakwa dilakukan di lokasi sama dan dituduh mengikut pertuduhan di bawah seksyen serupa. Mahkamah kemudian membenarkan Felecia (penuntut kolej swasta) diikat jamin RM2,000 manakala Norfatihah (akauntan) diikat jamin RM3,000. Tarikh 12 Mac dan 26 Mac ini ditetapkan bagi sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Nurhafiezah Mohamed Fauzi, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, Zuhairi Osman, Sheryn Yong Shi Yee dan Nor Aisyah Mohamed Zanyuin.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Khairunnisa Azzahrah Ghazalie dan Zamier Abu Bakar. Media sebelum ini melaporkan polis menahan enam wanita bagi membantu siasatan berhubung kes ‘Hot Daddy’ yang disyaki menjalankan aktiviti merakam dan menjual video hubungan seks dengan lebih 20 wanita melalui aplikasi media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd. Zain dilaporkan berkata, semua suspek diberkas menerusi fasa kedua Op Daddy.

Katanya, siasatan mendapati keenam-enam wanita itu disyaki melakukan hubungan seks secara sukarela dan bermotifkan keuntungan.

Minggu lalu, bapa tiga anak yang popular dengan panggilan `Hot Daddy” yang tular dalam aplikasi X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) bersama dua wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini.

Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, serta dua wanita masing-masing Norshazrina Md Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama membuat pengiklanan khidmat persundalan di aplikasi X menggunakan akaun ‘NOTYOURDADDY’ (@HOTDADDYYXX) yang mana orang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.

Siasatan awal mendapati, suspek utama yang pernah berkahwin dua kali dan bercerai disyaki memulakan aktiviti menjual dan mempromosi ubat kuat seks daripada China menerusi platform media sosial, sejak awal tahun lalu.

Demi mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek disyaki mempelajari cara baharu merakam video hubungan seks ganas dengan teman wanitanya sebelum menjual adegan berkenaan dalam tiga saluran di aplikasi Telegram, sejak Julai 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya