338,270 kg beras putih tempatan diedar sejak September lalu di Perlis - Utusan Malaysia

338,270 kg beras putih tempatan diedar sejak September lalu di Perlis

MOHD Anzara Azizan (kanan) meninjau bekalan BPT yang dihantar ke pusat operasi FAMA, Kangar, Perlis, sebelum diedarkan ke outlet-outlet untuk dipasarkan kepada pengguna. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Beras putih tempatan (BPT) mendapat permintaan tinggi rakyat negeri ini menerusi pelaksanaan program Intervensi Pengedaran yang diuruskan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis.

Bermula sejak September tahun lalu sehingga hari ini, Perlis telah menerima sebanyak 338,270 kilogram BPT membabitkan 33,827 kampit beras untuk dipasarkan menerusi outlet yang terlibat dengan program intervensi tersebut.

Buat masa ini, sebanyak 3,000 kampit BPT diedarkan di pusat operasi FAMA negeri pada setiap minggu untuk diagihkan ke outlet-outlet pemasaran FAMA, Jualan Agro Madani dan outlet-outlet lain.

Pengarah FAMA negeri, Mohd Anzara Azizan berkata, bekalan BPT berkenaan akan habis diedarkan tidak sampai tujuh hari susulan permintaan yang amat memberangsangkan.

“Setakat ini, FAMA memang konsisten dalam membekalkan dan memasarkan BPT malah melalui pemerhatian saya menerusi tinjauan ke outlet peruncitan kami juga mendapati pemintaannya adalah sangat tinggi,” katanya selepas Program Jualan Agro Madani Peringkat Perlis di Pejabat FAMA negeri, di sini, hari ini.

Pada September tahun lalu, kerajaan bersetuju melaksanakan langkah intervensi sebagai usaha bagi meningkatkan bekalan BPT di pasaran sebanyak 20 peratus.

Menerusi pelaksanaan itu, pengilang padi bersetuju memberi tambahan 20 peratus kuota padi kepada kerajaan melalui Padiberas Nasional Berhad (Bernas) selain memberi kuota tambahan sama kepada pemborong-pemborong bumiputera.

Mengulas lanjut, Mohd Anzara berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan bekalan BPT boleh membuat pembelian menerusi Jualan Agro Madani, outlet FAMA dan outlet-outlet swasta dengan harga RM26 untuk 10 kilogram.

“FAMA juga hanya mengehadkan jualan BPT mengikut lokasi dan kebiasaannya setiap orang dibenarkan pembelian antara satu ke dua kampit sahaja.

“Kami melakukan edaran BPT di 15 lokasi Agro Madani, 16 Outlet Pemasaran FAMA dan 41 outlet-outlet lain meliputi jabatan, agensi, pengusaha restoran serta pasar awam,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Anzara berkata, pada tahun lalu, FAMA telah menganjurkan sebanyak 251 progran Jualan Agro Madani membabitkan nilai jualan sebanyak RM2.05 juta dengan penglibatan 1,342 usahawan.

Katanya, pada tahun ini, pihaknya optimis bagi meneruskan program itu dengan penganjuran 233 Jualan Agro Madani bersama penglibatan 1, 476 usahawan.

“Pelaksanaan jualan ini bukan sahaja membuka peluang kepada pengguna dan rakyat malah turut memberi ruang buat usahawan yang berminat untuk menambah pendapatan mereka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya