PUTRAJAYA: Sejumlah 30,279 permohonan pengesahan nikah diterima mahkamah syariah dalam tempoh lima tahun selepas pasangan berkenaan ‘kahwin lari’ atau bernikah tanpa kebenaran sama ada di dalam atau di luar negara. Angka itu meliputi jumlah pasangan yang sudah pun bernikah terlebih dahulu sama ada perkahwinan pertama atau poligami sebelum membuat pengesahan pernikahan tersebut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, urusan pernikahan di negara ini dikawal oleh undang-undang demi menjulang maqasid syariah dan menjaga lima maslahah terutama memelihara agama, keturunan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya