3,000 pengunjung meriahkan Mooda Fest - Utusan Malaysia

3,000 pengunjung meriahkan Mooda Fest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sebagai inisiatif membantu golongan usahawan muda, Kelab Belia Kreatif Mont Kiara (Kelab Kreatif Malaya), menganjurkan Mooda Fest 2024 yang diadakan di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur, pada Ahad lalu.

Pengerusi Kelab Belia Kreatif Mont Kiara, Nur Fazzila Rahim berkata, Mooda Fest 2024 bukan hanya karnival menjual barangan sambil berhibur malah menjadi satu tempat bagi menghimpunkan badan-badan kerajaan untuk membantu usahawan khususnya golongan belia.

“Kami sebagai badan bukan kerajaan (NGO) bersedia menghulurkan tangan bagi membantu segelintir usahawan muda yang kurang faham dengan selok belok dunia perniagaan.

“Contohnya mereka yang ingin membuat pinjaman wang, mereka tidak tahu saluran mana yang perlu dituju. Sebab itu, kami membawa sekali agensi-agensi kerajaan seperti MARA, SME, Angkasa dan Matrade sama-sama terlibat bagi membantu golongan usahawan.

“Mooda Festival 2024 bukan setakat karnival jualan makanan sahaja tetapi dalam masa ingin membantu menaikkan lagi usahawan-usahawan muda. Contohnya jenama Nobat dan Suka Dessert, sudah boleh dipasarkan ke pasaran luar negara.

“Tetapi mereka tidak tahu saluran yang betul. Disebabkan itu, kami di sini ingin membantu.

“Selain itu, kami juga menyediakan booth untuk individu yang mengalami masalah kesihatan mental. Sesiapa yang ada masalah, boleh berjumpa dengan pakar untuk didiagnos. Anak muda sekarang ini ramai yang tertekan tetapi tak semua berani untuk meluahkan. Jadi, mereka ini perlu bantuan daripada pakar,”katanya.

Menurut Fazzila lagi, dia juga gembira apabila program kali pertama anjurannya ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan hampir  3,000 pengunjung hadir memberikan sokongan.

“Alhamdulillah, walaupun ada kekangan cuaca, tapi pengunjung tetap datang dengan memakai pakaian tema kembali ke sekolah (Back To School).

“Sebanyak 33 vendor yang terlibat iaitu 17 booth menjual perkhidmatan makanan (Foodservice) manakala 16 lagi vendor menjual pakaian, beg dan alat solekan,”katanya.

Dalam pada itu, Fazzila tidak menolak bahawa Mooda Fest 2024 sudah mempunyai perancangan untuk diadakan di luar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

“Sebenarnya perancangan awal nak buat karnival tahunan saja tetapi bila tengok sambutan menggalakan, jadi kita teruskan jelajah ke luar dari Kuala Lumpur. Selepas ini, kami akan ke Pahang, Sarawak dan diikuti negeri-negeri lain juga.

“Dengan adanya karnival keusahawanan seperti ini, kami berharap usahawan-usahawan muda lebih peka serta tahu fungsi-fungsi badan-badan kerajaan agar dapat membantu melebarkan perniagaan masing-masing.

Mooda Fest 2024  turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Acara tersebut turut diserikan persembahan barisan artis popular antaranya Bunkface, Bunga Isme, Kumpulan FLQ dan Orkes A Hizadin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya