PUTRAJAYA: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan kesal dengan sikap jelik warga kota meraikan Tahun Baharu 2024. Malahan menurut Pengarahnya, Ummi Kalthum Shuib, kutipan sampah di tiga kawasan tumpuan di Kuala Lumpur ketika sambutan ambang kali ini turut menyaksikan lonjakan kepada 3.06 tan berbanding 2.98 tan semasa Tahun Baharu 2023. “Saya secara umum berasa amat geram kerana seolah-olah menunjukkan masyarakat kita tidak kisah lagi buang sampah merata-rata tanpa bersalah,” katanya ketika dihubungi. Media kelmarin melaporkan hantaran tular Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memaparkan suasana kotor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya