3.06 tan sampah dikutip sambutan ambang tahun baharu 2024 

3.06 tan sampah dikutip selepas sambutan ambang tahun baharu 2024 

KEADAAN sekitar Kuala Lumpur yang dicemari sampah selepas sambutan ambang tahun baharu 2024. - GAMBAR FACEBOOK DBKL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan kesal dengan sikap jelik wargakota meraikan Tahun Baharu 2024.

 Malahan menurut Pengarahnya, Ummi Kalthum Shuib, kutipan sampah di tiga kawasan tumpuan di Kuala Lumpur ketika sambutan ambang kali ini turut menyaksikan lonjakan kepada 3.06 tan berbanding 2.98 tan semasa Tahun Baharu 2023.

 “Saya secara umum berasa amat geram kerana seolah-olah menunjukkan masyarakat kita tidak kisah lagi buang sampah merata-rata tanpa bersalah,” katanya ketika dihubungi.

 Media kelmarin melaporkan hantaran tular Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memaparkan suasana kotor lokasi popular di ibu negara selepas sambutan berkenaan dengan seramai 128 pekerja syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. melakukan operasi pembersihan tanpa henti dari pukul 10 malam Ahad lalu sehingga 8 pagi keesokannya.

 Kawasan Bukit Bintang merekodkan kutipan sisa paling tinggi iaitu 1.98 tan diikuti pula Dataran Merdeka dengan sebanyak 0.19 tan manakala sekitar KLCC pula ialah 0.29 tan.

 Mengulas lanjut, Ummi Kalthum berkata, senario kali ini wajar diberi perhatian serius oleh pihak DBKL yang dijangka menjadi tuan rumah perarakan Hari Kebangsaan 2024 nanti selepas Putrajaya sebagai hos perayaan itu pada 31 Ogos 2023 lalu merekodkan hampir 20 tan sampah dibuang.

 Justeru SWCorp ujarnya, berharap agar perkara itu tidak akan berlaku di Kuala Lumpur pada 31 Ogos depan kerana jika terjadi ini menjejaskan imej positif ibu negara memandangkan sambutan perayaan itu pada 2022 pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) rugi teruk sebanyak RM620,000 akibat landskap rosak musnah dipijak lebih 100,000 pengunjung. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya