274 mangsa banjir di Sabah dipindahkan ke PPS

274 mangsa banjir di Sabah dipindahkan ke PPS

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) menjalankan pemantauan banjir di Beluran, Sabah.-IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 274 orang mangsa banjir di tiga daerah di Sabah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sejak semalam.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 77 orang berbanding jumlah mangsa yang dilaporkan terjejas banjir pada pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 274 mangsa banjir daripada 83 keluarga dipindahkan ke empat PPS yang dibuka di tiga daerah iaitu Sandakan, Beluran dan Daerah Kecil Paitan.

Setakat pukul 4 petang, terdapat 161 mangsa daripada 39 keluarga dipindahkan ke PPS Masjid Nur Iman Kampung Sungai Mamanjang di Sandakan.

Sementara itu, di Daerah Kecil Paitan, seramai 99 orang mangsa daripada 42 keluarga dipindahkan ke dua PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol dan Rumah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cocos.

Di Beluran pula, seramai 14 mangsa daripada dua buah keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Beluran.

Kesemua empat PPS di tiga daerah itu dibuka sejak semalam apabila beberapa kawasan mula dinaiki air selepas hujan turun secara berterusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya