21 individu dilantik ahli majlis MBPJ yang baharu

21 individu dilantik ahli majlis MBPJ yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 21 individu Ahli Majlis mengangkat sumpah secara rasmi menerima jawatan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkuat kuasa 1 Januari lepas hingga 31 Disember tahun hadapan.

Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Aznan Hassan berkata, pelantikan Ahli Majlis MBPJ sesi 2024/2026 adalah untuk meneruskan perjuangan dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, efektif serta proaktif bagi memastikan kepuasan penduduk Petaling Jaya.

Katanya, ia bertujuan membantu MBPJ merealisasikan matlamat untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya pintar, mampan, dan berdaya tahan menjelang tahun 2030.

“Dalam pemilihan dan pelantikan Ahli Majlis, Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor yang berkuat kuasa pada 2021 lalu. 

“Ia merangkumi kriteria pemilihan dan lantikan Ahli Majlis, penubuhan jawatankuasa, pengendalian mesyuarat, penilaian prestasi, larangan dan tarikh kuat kuasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Aznan berkata, Ahli-Ahli Majlis PBT merupakan wakil kepada PBT dan kerajaan negeri dalam menyampaikan dasar, inisiatif serta program kepada komuniti setempat.

Katanya, Ahli Majlis juga berperanan merapatkan jurang antara kerajaan negeri dan masyarakat seterusnya meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan demi mencapai visi, misi dan aspirasi kerajaan negeri.

“Diharapkan, dengan jalinan kerjasama, komitmen, dan sokongan padu dari semua Ahli Majlis, semangat ini akan terus berpanjangan dalam usaha kita untuk menyediakan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat khususnya penduduk Petaling Jaya,” katanya.

Majlis mengangkat sumpah dan lafaz ikrar diadakan di hadapan Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Aznan Hassan di Dewan Bunga Tanjung, Ibu Pejabat MBPJ, di sini. 

Berikut adalah senarai nama Ahli Majlis Penggal 2024/2026:

  1. Bryan Ng Yih Min
  2. Chan Pak Keung
  3. Ermeemarianna  Saadon
  4. Mohd Iksan Mohamad Din
  5. Norah Mansor
  6. Ahmad Akhir Pawan Chik
  7. Sugumaran A/L R. Anamalai
  8. Suriase A/L Gengiah
  9. Tang Fuie Koh
  10. Terence Tan Teck Seng
  11. Kusaaliny A/P Mahendran
  12. Tan Wei Kiat
  13. Wong Swee Sang
  14. Leong Chee Cheng
  15. Yip Sean Yi
  16. Quratulain Atiqah Norzahirul Anuar
  17. Loh Y Lun
  18. Nalina Nair A/P Ramakrishnan
  19. Ong Yew Thai
  20. Mohamed Hamka Mohamed Jumah
  21. Nurashikin Ali

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya