20 nelayan darat sertai operasi cari mangsa lemas - Utusan Malaysia

20 nelayan darat sertai operasi cari mangsa lemas

OPERASI mencari dan menyelamat mangsa lemas di Sungai Perak dekat Tasik Chenderoh, Sauk di Kuala Kangsar disambung hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Seramai 20 nelayan darat menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki bersama seorang rakan karam di Tasik Chenderoh, Sauk di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Perak itu disambung pada pukul 8 pagi tadi.

Katanya, terdahulu, anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah membuat ‘underwater mapping’ bagi menentukan lokasi mangsa lemas dan kedalaman air sungai.

“Hasil tinjauan mendapati, air sungai itu berkedalaman 20 meter. Perbincangan teknikal dijalankan bersama pengurus Empangan Chenderoh berkaitan aspek keselamatan di kawasan empangan bagi menentukan lokasi yang selamat untuk beroperasi dan tidak membahayakan anggota penyelamat.

“Pencarian mangsa kini dijalankan dalam radius satu kilometer (KM) bermula di bahagian tebing dan sekitar kawasan pulau berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, Unit Anjing Pengesan (K9) juga telah digerakkan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Selain bomba dan nelayan darat, operasi turut disertai oleh pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Semalam, sebuah bot yang dinaiki dua lelaki karam akibat dilanda ribut ketika sedang melakukan aktiviti memancing di Sungai Perak.

Dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu, seorang lelaki berusia 41 tahun berjaya diselamatkan oleh pemancing lain manakala rakannya pula hilang dibawa arus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya