1,812 mangsa banjir masih berada di PPS - Utusan Malaysia

1,812 mangsa banjir masih berada di PPS

KEADAAN Masjid Kampung Raja, Hulu Dungun yang dinaiki air dalam kejadian banjir di Dungun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Situasi hari kelima banjir gelombang keempat di Terengganu tidak banyak berubah dengan 1,812 mangsa daripada 515 keluarga masih terjejas setakat pukul 8 pagi ini.

Jumlah itu hanya menunjukkan sedikit penurunan berbanding 1,990 orang daripada 534 keluarga pada pukul 4 petang semalam.

Ketika ini, terdapat 24 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di empat daerah iaitu 10 di Dungun, Besut (tujuh), Setiu (empat) dan Hulu Terengganu (tiga).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, mangsa tertinggi ialah di Dungun, meningkat kepada 1,188 orang daripada 348 keluarga berbanding 953 orang daripada 268 keluarga petang semalam.

“Selain itu, banjir di tiga daerah yang lain semakin baik dengan mangsa terus berkurangan di daerah Besut iaitu 416 orang daripada 98 keluarga berbanding
639 orang daripada 154 keluarga sebelum ini.

“Di Hulu Terengganu, mangsa juga menurun kepada 121 orang daripada 53 keluarga berbanding 299 orang daripada 93 keluarga petang semalam.

“Di Setiu pula, mangsa berkurangan kepada 87 orang daripada 15 keluarga berbanding 99 orang daripada 19 keluarga sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan hanya satu sungai masih melepasi paras bahaya setakat pukul 8 pagi ini iaitu Sungai Dungun di daerah Dungun.

Satu lagi sungai pula masih melepasi paras amaran iaitu Sungai Nerus di daerah Setiu.

Rekod JPS juga menunjukkan lima lagi sungai pula melepasi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak serta Sungai Terengganu di Kampung Dura dan Sungai Telemong di Kuala Ping (Hulu Terengganu).

Selain itu, Sungai Nerus di Kampung Jeram (Kuala Nerus) dan Sungai Ban Ho di Jambatan Cherul (daerah Kemaman). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya