17 pusat pelacuran diserbu, 67 ditahan

17 pusat pelacuran diserbu, 67 ditahan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 67 individu ditahan dalam Op Noda Khas di 17 premis pusat pelacuran di seluruh negeri ini, Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata, kesemua individu yang ditahan itu berusia lingkungan berusia 21 tahun hingga 61 tahun.

Katanya, serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) itu turut merampas pelbagai jenis dadah.

“Seramai 67 orang ditahan terdiri daripada lapan lelaki tempatan, enam lelaki warga asing, empat wanita tempatan dan 49 wanita warga asing.

“Dalam serbuan ini juga, polis merampas wang tunai berjumlah RM 57, 447 dan pelbagai jenis dadah dengan anggaran berat 2.58 kilogram (kg),” katanya hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya