16 gerai penjaja di Jelutong musnah terbakar  - Utusan Malaysia

16 gerai penjaja di Jelutong musnah terbakar 

SEBANYAK 16 gerai di Tapak Penjaja Lorong Bukit Dumbar, Jelutong, Pulau Pinang hampir musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi. - Pic: IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Sebanyak 16 gerai di Tapak Penjaja Lorong Bukit Dumbar, Jelutong dekat sini, hampir musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Rosli Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran pada pukul 5.32 pagi.

SEBANYAK 16 gerai di Tapak Penjaja Lorong Bukit Dumbar, Jelutong, Pulau Pinang hampir musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi. – Pic IHSAN BOMBA

Menurutnya, oerasi memadamkan kebakaran melibatkan bantuan keanggotaan dari BBP Paya Terubong dan Lebuh Pantai.

“Kebakaran melibatkan tapak penjaja makanan (medan selera) kelas C dengan anggaran kemusnahan kira-kira 80 peratus.

“Ketika kejadian, peniaga di situ dikatakan baru hendak memulakan perniagaan dan tiada pelanggan di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pukul 6.49 pagi tadi dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya