14 penunggang motosikal ditahan solat Subuh diimamkan polis

14 penunggang motosikal ditahan solat Subuh diimamkan polis

SERAMAI 14 penunggang motosikal mendirikan solat Subuh diimamkan Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Inspektor Che Hassan Ambok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pegawai polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menerapkan nilai kerohanian kepada remaja yang melakukan kesalahan ketika menunggang motosikal apabila mereka yang ditahan itu dibawa ke Surau Fazwina IPD Sungai Buloh untuk solat Subuh bersama semalam.

Seramai 14 penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik itu mendirikan solat Subuh yang diimamkan Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Inspektor Che Hassan Ambok.

IPD Sungai Buloh dalam kenyataan di Facebooknya berkata, dalam operasi bermula 3 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota BSPT IPD Sungai Buloh dibantu oleh anggota Balai Sungai Pelong menjalankan Operasi Pencegahan Samseng Jalan di Lebuhraya Guthrie.

Menurutnya, hasil operasi itu sebanyak 87 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di mana 108 penunggang motosikal diperiksa dengan 14 buah motosikal disita dan ditahan atas kesalahan tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai ekzos.

“Pihak BSPT Sungai Buloh menekankan penguatkuasaan undang-undang jalan raya dan tidak akan berkompromi dengan kesalahan kelas utama jalan raya terutamanya bagi kesalahan tiada lesen memandu dan tiada cukai jalan serta perlindungan insuran.

“Di samping itu, pendedahan kerohanian juga dipraktikkan bagi kesedaran remaja atas kesalahan yang  dilakukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya