14 fasiliti PLUS alami gangguan bekalan air

14 fasiliti PLUS alami gangguan bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 14 fasiliti PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengalami gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 10 Januari ini. 

Menurut PLUS, perkara itu susulan kerja-kerja penyelenggaran di Loji Rawatan Air Sungai Dua oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

“Senarai fasiliti yang terlibat adalah kawasan Rawat dan Rehat Juru (Arah Selatan); Hentian Sebelah Juru (Arah Utara); Hentian Sebelah Sungai Bakap (Arah Selatan); Hentian Sebelah Sungai Bakap (Arah Utara); Hentian Sebelah Sungai Muda (Arah Utara) dan  Restoran Jejantas (OBR) Penanti. 

“Selain itu, di Plaza Tol Bertam; Plaza Tol Sungai Dua; Plaza Tol Juru; Plaza Tol Bukit Tambun Selatan; Plaza Tol Bukit Tambun Utara; Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang; Plaza Tol Kubang Semang dan Plaza Tol Jawi,” menurut hantaran di laman sosial. 

Bagaimanapun, PLUS berkata, pihaknya bersiap sedia untuk menyediakan bekalan air simpanan untuk kegunaan para pengguna pada tempoh tersebut. 

“Oleh itu, sila rancang perjalanan anda untuk berhenti rehat dan mendapatkan kemudahan awam dengan selesa,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya