12,900 calon SPM duduki ujian bertulis di Melaka

12,900 calon SPM duduki ujian bertulis di Melaka

CALON-calon SPM SMK Rahmat di Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka mengaminkan doa sebelum memasuki dewan peperiksaan. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seramai 12,900 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini menduduki peperiksaan bertulis bermula hari ini sehingga 7 Mac ini di 103 pusat peperiksaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, jumlah itu membabitkan calon-calon di 74 buah sekolah di seluruh Melaka.

Kata beliau, calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan adalah paling ramai iaitu 11,128 orang manakala 667 calon lagi daripada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Sekolah agama negeri membabitkan 21 calon manakala calon sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan dan calon persendirian pula seramai 242 dan 842 pelajar. Empat calon terpaksa menduduki peperiksaan di hospital kerana masalah kesihatan.

“Calon berkeperluan khas membabitkan 65 calon iaitu empat kurang penglihatan (rabun), sembilan kurang pendengaran (pekak, bisu) dan 52 calon lain-lain kekurangan fizikal (autisme, kecacatan pelbagai).

“Harapan kami di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka adalah anak-anak ini dapat menjawab peperiksaan dengan baik,” katanya selepas menyantuni calon SPM 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat di sini, hari ini.

Tambah Rahmad, sekiranya terdapat calon yang positif Covid-19, mereka digalakkan hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan.

Menurutnya, calon akan ditempatkan di bilik khas disediakan di setiap sekolah bagi tujuan pengasingan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya