PARIT BUNTAR: Lebih 1,000 penduduk di lima kampung di Kuala Kurau di sini terpaksa menggunakan laluan yang lebih jauh untuk urusan seharian disebabkan laluan utama di Parit 30 di sini ditutup kerana berlaku mendapan jalan. Ia melibatkan penduduk di Kampung Parit 30, Kampung Tok Ngah, Parit Abas, Parit Mat Ali dan Parit Tok Hin. Seorang penduduk, Mohd. Naim Firdaus Othman, 31, berkata, mendapan dikesan berlaku hampir sejak sebulan lalu. “Pada peringkat awal, mendapan hanya berlaku beberapa sentimeter sahaja. Namun dua minggu lalu, saya lihat mendapan sudah pun sedalam hampir dua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya