10 pengemis asing minta sedekah di perkarangan masjid ditahan

10 pengemis asing minta sedekah di perkarangan masjid ditahan

IMIGRESEN menahan sepuluh pengemis warga asing menerusi operasi di pekarangan Masjid Saidina Abu Bakar, Jalan Ara, Bangsar. - GAMBAR IHSAN JIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :  Jabatan Imigresen Malaysia menahan sepuluh pengemis warga asing menerusi operasi di pekarangan Masjid Saidina Abu Bakar, Jalan Ara, Bangsar.

Menerusi operasi pukul 12.15 tengah hari itu dilakukan Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, semalam dengan seramai 13 orang diperiksa.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, menerusi operasi itu, daripada jumlah diperiksa, sepuluh pengemis warga asing yang berusia antara dua hingga 41 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Mereka yang ditahan adalah terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, serta seorang lelaki dan dua wanita warga Myanmar.

“Turut ditahan, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan warga Myanmar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ruslin berkata, tiga individu dilepaskan kerana warga tempatan.

Kata beliau, tindakan pemeriksaan ini diambil susulan aduan awam berhubung kegiatan mengemis dalam kalangan warga asing yang sering berlaku di kawasan itu.

“Kesemua pengemis warga asing yang ditahan ini ditangkap kerana disyaki dengan munasabah melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua subjek ditahan mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya